Tuesday, 17 February 2015

Basi

Aku tak lemah
Tak lemah dengan kata-kata manis
Aku meniti hari-hari lagi mencabar
Daripada menanti kata-kata manis yang entah sudah
Aku rimas
Aku malas 
Tiada kuasa untuk menutup mulut yang serba kusut

Kini aku sudah lali
Lali dengan kata-kata manusia bertopengkan syaitan
Bangkitlah 
Bangkitlah daripada perkara basi

Sunday, 8 June 2014

Berhenti

tolong hentikan permainan kau
hentikan semua omongan kau
hentikan !
sebab 
aku penat menunggu
aku penat menaruh harapan 
aku penat menerima harapan palsu kau
tolonglah kali ini
aku merayu 
jangan buat aku menunggu 
menunggu yang entah sudah 
hati ini hanya untuk yang kekal halal
jangan buat aku menanggung maksiat hati 
sabar takkan pernah cukup 
kau akan aku lenyapkan dari memori hidupku
hentikan semua ini!


 

Thursday, 5 June 2014

JALAN-JALAN

menggerakkan kaki ini 
menembusi setiap pencakar langit
melalui setiap jalan tar yang panas
melihat keindahan yang dicipta oleh YANG ESA
menghiasi hati dengan kicauan burung 
menambah pahala kerana melihat ciptaanNYA
jalan-jalan 
aku ingin rasai
keluar dari kehidupan yang sibuk 
lari dari semua kata-kata
omelan yang entah apa
menutup kisah drama yang berbelit bicara 
keluarkan aku 
aku ingin 
jalan-jalan
 

FAHAM

memahami  setiap bait bicara
memahami bagaimana soalan HOTS untuk diselesaikan
semua itu harus aku faham
tapi
pernah engkau faham aku?
pernah engkau tahu 
apa itu sakit?
Well semua itu 
kau takkan pernah faham 
kalau kau tak mendalami aku 
hati kecil ini 
takkan pernah orang faham 

 

 

Friday, 16 May 2014

bait - bait

 bait-bait manis 
kau ungkap dengan harmoni jiwang
tidak aku nafikan jiwang kau superb
mengumpan hati wanita 
dengan bait-bait manis mu

hati wanita ini lembut
tak ada siapa yang tahu 
selembut mana hati mereka
jangan kau ungkapkan bait-bait manis mu itu
hapuskan 
sesungguhnya aku bukan seperti wanita lain
sesungguhnya aku ini wanita yang setia
yang inginkan sang imam 
memimpin aku ke jalan syurga
bukan 
dipimpin oleh sang pria
yang hanya berbait-bait manis
 

nangis

mengalir deras 
tanpa sebab
meluncur laju
dari hati 
diekspresikan oleh air mata

maaf aku tak boleh berhenti
 

Sahabat

sahabat yang selalu ada
yang selalu bersama
yang selalu 

sahabat adalah keluaraga 
yang tak tikam belakang
yang dengar sang pencerita duka
akan ada peneman setia buat sang sahabat
mungkin 
di balik si ceria 
duka itu penuh 
suka itu hanya terselit

kalau engkau nak tahu 
aku selalu ada di sisi
cuma tidak kelihatan
cuma tidak disedari
aku 
akan selalu ada untukmu
sahabat

Insya-Allah