Wednesday, 6 November 2013

Diri



sendiri
tak bermakna 
aku lemah
sendiri 
tak bermakna 
aku tiada teman
tapi sendiri
memberi aku 
ilham tentang dunia
memberiku ilham
tentang diriku

sendiri 
kadangkala 
mengingatkan kita 
tentang masa lalu
menyedarkan kita 
bertapa pentingnya 
setiap saat itu
dan meluangkan 
setiap detik 
bersama yang ESA 



#MB4









hah!!! ini baru sikit adik aku DOWNLOAD entah berapa banyak lagi dia nk download gmbar #MB4 ni.. haishhh fanatik btul ni.. lagi pun diorang ni memang best pun.. BTW I liked their FRENDSHIP . it's like a house with full of joy . If possible I want to be like them .. ikatan yang erat antara sahabat membuatkan mereka bersatu dalam satu persaudaraan 

-wassalam-

Tuesday, 5 November 2013

Buaya Darat



seorang diri 
tanpa teman 
membawa diri
dikala kesepian 
sebelum diri 
menjadi buruan 
sang buaya 
yang kelaparan

remaja kini
tiada tempat 
selain hiburan 
dibaham sang buaya
tika bersendirian 
menikmati nafsu 
tanpa iman 
malang buat si dara
kematian 
jalan penyelesaian 

kandungan 
yang tidak berdosa 
menjadi mangsa
tika 
tiada akal hendak diterima 
sang buaya 
tidak menerima 
si dara 
timpa balasannya 

buaya yang tanpa iman 
membawa diri 
mencari mangsa seterusnya 
tika seorang gadis 
suci dirinya 
menikmati nafsu 
tanpa warasnya 
melepaskan akibat 
itu namanya 
buaya darat

Saturday, 2 November 2013

Seksa

 

sehingga hari ini 
kulihat kau berbaring 
beralaskan bumi 
berbumbungkan  bintang 
kenapa?
kau tidak pulang ke rumah 
beralaskan kekabu empuk
berbumbungkan atap
kau luahkan isi hati
tatkala aku menghadirkan diri
kini 
ku mengerti 
sebatang kara kau berdiri
membawa haluan tanpa ditemani
berselimutkan embun 
mencari rezeki 
tanpa segan silu

kini ,
hulurkan tanganmu
akan aku bawa 
kau ke tempat sepatutmu
mengubah kehidupan 
tanpa derita 
mengukirkan senyuman 
tanpa waspada
mengharungi kehidupan 
tanpa terseksa
 

Angau

HELLO!!!ASSALAMUALAIKUM!!!! *ketuk pintu*

hey there guys, okay for today's story is NOTHING!!! tak ada la.. cerita aku hari ini mengenai ANGAU!!!  yes saya tahu tipu kalau setiap manusia tak ada sikap macam itu .. sebab manusia akan saling jatuh cinta apabila jodoh itu tiba .. Tapi sayang sekali apabila ... cinta itu di salahgunakan so for the TEENAGERS beware because kita tak akan tahu apa akan jadi apabila kita di luar sana .. Whether it is bad or good .. you have to know that not all people are the same.. 
wah !! dah lari dari TOPIK ni.. okay.. tentang ANGAU ni pula .. semua TEENAGERS ada cuma mereka perlu kematangan akal yang tinggi so tak ada lah mereka frust disebabkan mereka putus cinta .. ANGAU ini sebenarnya datang dari syaitan .. dia (syaitan) akan heret kita untuk join CLUB ZINA HATI .. so banyak-banyakkan lah selawat dan beristighfar.. merindui seseorang itu tidak salah tapi kenalah selepas kahwin nanti sebab lepas kahwin kalau kita rindu dan sayang SUAMI ATAU ISTERI itu akan dikira sebagai PAHALA .. jadi.. hidup akan lebih indah kalau BERCINTA SELEPAS KAHWIN .. hah!! lagi satu kalau nak ANGAU lepas kahwin pun tak apa .. so that's all . :)

p/s: ini sekadar ilmu yang ada kalau ada yang terkurang maaf dipinta 

wassalam

KEN VIXX



Sayang

 
 
hati tak pernah berbohong 
disaat rasa itu hadir 
sayang 
pada umi
pada ayah 
pada yang kita sayangi
tapi 
hadirnya rasa itu 
melahirkan akal yang matang

hati tak pernah tipu 
tatkala dicincang 
dimaki
kerana rasa itu
hadirnya rasa amarah 
yang bakal dipadam 
oleh rasa sayang

Jangan



jangan pernah 
kau kata begitu 
kerana 
kata-kata itu 
mengguris hati yang lara
jangan pernah 
kau fikir begitu 
kerana 
disaat itu 
salah faham melanda

tidak pernah 
aku kata begitu 
kerana 
aku tahu kau tak akan suka 
tidak pernah 
aku fikir begitu 
kerana 
aku tahu itu hanyalah cerita 

Hati



setiap ukiran senyum yang kau beri 
mengetuk setiap sudut hati
tatkala teguran berbunyi
kata-kataku terkunci
menghadirkan 
sebuah rasa 
yang tak pernah dimiliki
kini 
tiba disebuah hati yang suci

dewasa kini 
hati mudah diguris
mudah tersangkut
mudah terleka
disaat syaitan menggoda 
sebuah iman 
menjadi perisai 
tatkala hati dinoda

Haziqa

assalamualaikum!!!! *ketuk pintu rumah*

HAZIQA NURFITRAH nama yang sering menjadi buruan setiap manusia .. agaknya lah.. tapi sejak akhir-akhir ni dia selalu dengan aku .. FITRAH seorang yang kuat even dia baru je CLASH .. I know she's strong but I hope she has the strongest patient ever. Disaat aku dalam kesedihan dia hadirkan diri dan hiburkan aku dengan gurau dia .. Thanks dear , your joke make me laugh and you make me forget about the probs. 


 there she is.. a SWEET girl with a STRONG heart 
congratulation FITRAH  I'm proud to be your FRIEND
wassalam :)

Friday, 1 November 2013

Insan



setiap insan merupakan yang terindah 
tak kira rupa 
tetapi
hati yang suci
merupakan kunci
untuk kenal budi yang satu

tatkala 
khalifah dilahirkan
laungan azan berkumandang 
melahirkan seorang muslim 
yang sejati
 kisah mula berputik 
tatkala satu tapak bermula
itulah namanya insan

Kenapa?



kenapa ?
kenapa kau pergi tanpa aku
jangan pergi selagi aku masih berdiri 
kerana aku risau 
disaat itu 
aku tak dapat melihat 
anugerah tuhan yang indah 

kenapa? 
kau hadir tika aku 
rindukan kau 
tika aku
perlukan kau
 
kenapa?
kau datang 
sedangkan aku mahu senyum dari jauh saja
sedangkan aku mahu lihat kau dari jauh saja 
kenapa 
kau tegur disaat 
hatiku tidak keruan 
melihat kau dari jauh