Saturday, 21 December 2013

PROUD


ok sebenarnya gambar tu takdak kene mengena dgn cerita yg sebenar-benarnya aku nak cerita haha XD 
Pada Zaman Dahulu~ 
aku sebenarnya terharu,nak nangis& rasa nak peluk kawan aku dua ni..adalah orangnya sapa..... takleh kasik taw na..keputusan aku untuk tahun ni....agak mengecewakan tapi disebabkan dua kepala monyet ni ada masa tu.. aku rasa gembira gila..ok sebenaqnya monyet-monyet ni buat aku nak nangis sebab diorang tunggu aku even aku orang last... ambik result. Tak pernah dalam seumur hidup aku ada orang tunggu..(NAMPAK BENO MENIPUNYA) I'm so touched guys :') lagi buat aku nak nangis monyet-monyet ni target aku 8A owhhhh that so sweet.. tapi target korang tidak menyebelahi aku :( sorry guys but I'm so proud to both of you sebab korang kalahkan aku.. tapi in 2015 we will in the list of straight A's candidates. Insya-Allah Amin...
wassalam XD
-Aina Zulkiflie-

Saturday, 14 December 2013

Senyum


the first joke that you've made,the smile never end but the sadness you've invite,the tears stop here

Wednesday, 11 December 2013

Lama Lagikah?

jam itu berdetik
setiap waktu ia berlalu pergi
waktu yang aku tunggu
tiada makna buatku
aku buang masa dgn sia-sia
masa tak akan berundur 
walaupun kau mengembalikan 
kenangan itu kembali
 

Monday, 9 December 2013

kata-kata

kata - kata
setiap ayat yang dibaca
ada makna 
ada pengajaran
ada teladan
sesungguhnya yang ESA 
menurunkan kata yang indah
memberi kita nilai
menyedarkan
mengajarkan
menginsafkan
detik masih diberi
tempoh masih panjang
sebelum masa itu tiba
taubatlah sebelum terlambat
sebelum peluang itu tiada lagi kembali


Saturday, 7 December 2013

RESULTS PMR

you'll never believe this 
oh!? I've forgot ASSALAMUALAIKUM!!!!
ok.. tak tahu sama ada betul atau tak tarikh untuk keputusan PMR keluar pada....
                     19/12/2013
arghhhhh!!!!! takutnya!!!!! 
and this is the nervous day ever....
tapi aku akan terus berdoa
amin... 
Aina boleh!!!! insya-allah 
Aina 8A PMR 

Wednesday, 4 December 2013

SUNYI

aku harungi sendiri
tanpa tangan yang menghulur
aku jatuh 
aku lemas
tiada yg beri aku nafas baru
aku termenung 
aku nangis 
tiada yang usap tangisanku
tapi tatkala aku merenung ke langit
aku sedar
aku harus harungi sendiri 
ombak yang memukul pantai
hujan yang lebat
angin yang kencang
aku lalui dengan senyuman
tanpa tangan yang menghulur
aku berdiri
aku bangun 
dengan kaki aku sendiri
tegak aku berdiri
tidak sekali aku jatuh 
tapi aku teruskan berjalan
sehingga aku 
temui kejayaan

Wednesday, 6 November 2013

Diri



sendiri
tak bermakna 
aku lemah
sendiri 
tak bermakna 
aku tiada teman
tapi sendiri
memberi aku 
ilham tentang dunia
memberiku ilham
tentang diriku

sendiri 
kadangkala 
mengingatkan kita 
tentang masa lalu
menyedarkan kita 
bertapa pentingnya 
setiap saat itu
dan meluangkan 
setiap detik 
bersama yang ESA 



#MB4









hah!!! ini baru sikit adik aku DOWNLOAD entah berapa banyak lagi dia nk download gmbar #MB4 ni.. haishhh fanatik btul ni.. lagi pun diorang ni memang best pun.. BTW I liked their FRENDSHIP . it's like a house with full of joy . If possible I want to be like them .. ikatan yang erat antara sahabat membuatkan mereka bersatu dalam satu persaudaraan 

-wassalam-

Tuesday, 5 November 2013

Buaya Darat



seorang diri 
tanpa teman 
membawa diri
dikala kesepian 
sebelum diri 
menjadi buruan 
sang buaya 
yang kelaparan

remaja kini
tiada tempat 
selain hiburan 
dibaham sang buaya
tika bersendirian 
menikmati nafsu 
tanpa iman 
malang buat si dara
kematian 
jalan penyelesaian 

kandungan 
yang tidak berdosa 
menjadi mangsa
tika 
tiada akal hendak diterima 
sang buaya 
tidak menerima 
si dara 
timpa balasannya 

buaya yang tanpa iman 
membawa diri 
mencari mangsa seterusnya 
tika seorang gadis 
suci dirinya 
menikmati nafsu 
tanpa warasnya 
melepaskan akibat 
itu namanya 
buaya darat

Saturday, 2 November 2013

Seksa

 

sehingga hari ini 
kulihat kau berbaring 
beralaskan bumi 
berbumbungkan  bintang 
kenapa?
kau tidak pulang ke rumah 
beralaskan kekabu empuk
berbumbungkan atap
kau luahkan isi hati
tatkala aku menghadirkan diri
kini 
ku mengerti 
sebatang kara kau berdiri
membawa haluan tanpa ditemani
berselimutkan embun 
mencari rezeki 
tanpa segan silu

kini ,
hulurkan tanganmu
akan aku bawa 
kau ke tempat sepatutmu
mengubah kehidupan 
tanpa derita 
mengukirkan senyuman 
tanpa waspada
mengharungi kehidupan 
tanpa terseksa
 

Angau

HELLO!!!ASSALAMUALAIKUM!!!! *ketuk pintu*

hey there guys, okay for today's story is NOTHING!!! tak ada la.. cerita aku hari ini mengenai ANGAU!!!  yes saya tahu tipu kalau setiap manusia tak ada sikap macam itu .. sebab manusia akan saling jatuh cinta apabila jodoh itu tiba .. Tapi sayang sekali apabila ... cinta itu di salahgunakan so for the TEENAGERS beware because kita tak akan tahu apa akan jadi apabila kita di luar sana .. Whether it is bad or good .. you have to know that not all people are the same.. 
wah !! dah lari dari TOPIK ni.. okay.. tentang ANGAU ni pula .. semua TEENAGERS ada cuma mereka perlu kematangan akal yang tinggi so tak ada lah mereka frust disebabkan mereka putus cinta .. ANGAU ini sebenarnya datang dari syaitan .. dia (syaitan) akan heret kita untuk join CLUB ZINA HATI .. so banyak-banyakkan lah selawat dan beristighfar.. merindui seseorang itu tidak salah tapi kenalah selepas kahwin nanti sebab lepas kahwin kalau kita rindu dan sayang SUAMI ATAU ISTERI itu akan dikira sebagai PAHALA .. jadi.. hidup akan lebih indah kalau BERCINTA SELEPAS KAHWIN .. hah!! lagi satu kalau nak ANGAU lepas kahwin pun tak apa .. so that's all . :)

p/s: ini sekadar ilmu yang ada kalau ada yang terkurang maaf dipinta 

wassalam

KEN VIXX



Sayang

 
 
hati tak pernah berbohong 
disaat rasa itu hadir 
sayang 
pada umi
pada ayah 
pada yang kita sayangi
tapi 
hadirnya rasa itu 
melahirkan akal yang matang

hati tak pernah tipu 
tatkala dicincang 
dimaki
kerana rasa itu
hadirnya rasa amarah 
yang bakal dipadam 
oleh rasa sayang

Jangan



jangan pernah 
kau kata begitu 
kerana 
kata-kata itu 
mengguris hati yang lara
jangan pernah 
kau fikir begitu 
kerana 
disaat itu 
salah faham melanda

tidak pernah 
aku kata begitu 
kerana 
aku tahu kau tak akan suka 
tidak pernah 
aku fikir begitu 
kerana 
aku tahu itu hanyalah cerita 

Hati



setiap ukiran senyum yang kau beri 
mengetuk setiap sudut hati
tatkala teguran berbunyi
kata-kataku terkunci
menghadirkan 
sebuah rasa 
yang tak pernah dimiliki
kini 
tiba disebuah hati yang suci

dewasa kini 
hati mudah diguris
mudah tersangkut
mudah terleka
disaat syaitan menggoda 
sebuah iman 
menjadi perisai 
tatkala hati dinoda

Haziqa

assalamualaikum!!!! *ketuk pintu rumah*

HAZIQA NURFITRAH nama yang sering menjadi buruan setiap manusia .. agaknya lah.. tapi sejak akhir-akhir ni dia selalu dengan aku .. FITRAH seorang yang kuat even dia baru je CLASH .. I know she's strong but I hope she has the strongest patient ever. Disaat aku dalam kesedihan dia hadirkan diri dan hiburkan aku dengan gurau dia .. Thanks dear , your joke make me laugh and you make me forget about the probs. 


 there she is.. a SWEET girl with a STRONG heart 
congratulation FITRAH  I'm proud to be your FRIEND
wassalam :)

Friday, 1 November 2013

Insan



setiap insan merupakan yang terindah 
tak kira rupa 
tetapi
hati yang suci
merupakan kunci
untuk kenal budi yang satu

tatkala 
khalifah dilahirkan
laungan azan berkumandang 
melahirkan seorang muslim 
yang sejati
 kisah mula berputik 
tatkala satu tapak bermula
itulah namanya insan

Kenapa?



kenapa ?
kenapa kau pergi tanpa aku
jangan pergi selagi aku masih berdiri 
kerana aku risau 
disaat itu 
aku tak dapat melihat 
anugerah tuhan yang indah 

kenapa? 
kau hadir tika aku 
rindukan kau 
tika aku
perlukan kau
 
kenapa?
kau datang 
sedangkan aku mahu senyum dari jauh saja
sedangkan aku mahu lihat kau dari jauh saja 
kenapa 
kau tegur disaat 
hatiku tidak keruan 
melihat kau dari jauh


 

Monday, 14 October 2013

cousins

setiap langkah membawa kita ke satu destinasi yang bakal kita ketahui dengan menempuhi onak duri kehidupan

KL sebuah bandar yang , each people always know, & for my story :
 pergi sini selalunya adik dgn sepupu sepapat dia selalu pergi taman together but this time for the first time in book of record , aku pergi taman dengan sepupu sepapat tu .. AMAZING
sebenarnya aku dah bosan sangat dekat rumah , so alang-alang adik ajak.. join je la..
so conclusion is don't be ANTI-SOSIAL.. 

Sunday, 22 September 2013

I'm the Candidates

PMRPMRPMRPMRPMRPMR!!!

aku nk pmr weyh... 
huh nervous + takut+excited
study pun x habis lagi...
entah ape yg Aina Zulkiflie ni buat kat rumah
Aina Zulkiflie awak akan menghadapi PEPERIKSAAN BESAR 
awak kene berusaha & dapatkan keputusan yang GEMPAK 
banggakan UMI&AYAH ..
be a good daughter..
8A PMR ada kat tangan awak..... tengoklah kat tangan awak tu ade ke tidak?
kalau x ada  maknanya awak kene usaha lebih dari kemampuan awak..
ish..ish..ish .. kesian Aina Zulkiflie mesti awak penat 
PADAN MUKA ! awak buat semua ini untuk masa depan awak .... 
Assalamualaikum

Sunday, 15 September 2013

Kekuatan

Kekuatan sebenar terletak pd hati yg berpegang teguh pada PRINSIP diri..

Teman / Sahabat


Tatkala kau bersuka ria bersama orang lain  , pernahkah kau  pandang  ke belakang dan menghulurkan tangan mengajaknya untuk menyertai kau .. 
 Bergembira , menangis ,ketawa.. semua itu tidak akan dirasai apabila berseorangan ..
Apabila sudah bertiga , genggaman yang erat tidak akan terlepas tanpa sebab ..
Menjadi bayang-bayang yang sentiasa dibelakang,  memberi sokongan tidak kira terang atau gelap 
Menyinari hidup dengan cahaya ketenangan tatkala kegelapan 
Sepuluh jari bersilang , digenggam erat memberi semangat 
Selangkah demi selangkah diiring bersama dengan satu matlamat yang sama 
Cita-cita yang berbeza , diraih bersama 

Wednesday, 14 August 2013


















no caption :)

Raya OoOoOOoooo

Raya!!Raya!!!!Raya!!!!
Siblings :*
Me :) Ramadhan dah pergi aku akan tunggu tahun depan .. Raya dah tiba menantikan duit raya *tadah tangan * :) Sedih apabila Ramadhan pergi sebab masa bulan ramadhan lah malaikat akan doakan supaya Allah ampunkan dosa kita .. duit raya dah banyak , perut makin boncet , minggu depan dah kene start joging ..hehehe

Sunday, 23 June 2013

Huluranmu

DISAAT KAU MENGHULURKAN BANTUAN , AKU MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH . SEMEMANGNYA KAU ADALAH KAWAN YG BAIK .. TETAPI MENGAPA DISAAT KAU MENGHULURKAN BANTUAN AKU MERASAKAN HATI AKU TIDAK KERUAN . WALAUPUN AKU TELAH KUATKAN SEMANGAT AKU UNTUK PENTINGKAN BELAJAR.. AINA, YOU CAN DO IT!!! FORGET ABOUT HIM ! I KNOW YOU'RE STRONG ENOUGH TO GET RID OF THIS THING! AKU MESTI MULAKAN HIDUP BARU TANPA MENGINGATI SAAT DETIK SEKALIPUN BERSAMA DIA . YA ALLAH BANTU HAMBAMU INI UNTUK MENGHADAPI DUGAANMU . SAMPAI BILA AKU NAK JADI MACAM NI . AINA ZULKIFLIE SEORANG YG KUAT . DIA PASTI BOLEH MENGHARUNGI CABARAN YG BERLIKU . TETAPI DISAAT , DIA TIADA DAYA UNTUK BANGUN . DIA PERLUKAN BANTUAN SESEORANG UNTUK BANGUNKAN DIA DARIPADA JATUH. IAITU KAU , KAWAN . SUDIKAH KAU UNTUK BANGKITKAN AKU KEMBALI DARI JATUH? I'M HAPPY WHEN YOU AT MY SIDE . AND I FEEL PROTECTED WHEN YOU ALWAYS WITH ME. :)

Kasih & Sayang

DISAAT SEPASANG SUAMI ISTERI MELAFAZKAN KASIH ANTARA SATU SAMA LAIN , ITU DINAMAKAN JODOH YG DITENTUKAN OLEH ALLAH . DISAAT SI LELAKI MELAFAZKAN AKAD NIKAH , SETITIS AIR MATA MENGALIR  DARIPADA MATA SI PEREMPUAN MENANDAKAN KEGEMBIRAAN .. TETAPI JIKA BERLAKUNYA PERSELISIHAN FAHAM ANTARA MEREKA DAN TIADA TOLAK ANSUR , JANGAN BIARKAN SYAITAN MENGUASAI  KEMARAHAN SI SUAMI . SABAR WAHAI SUAMI BANYAKKAN  BERISTIGHFAR SEMOGA DENGAN PERTOLONGANNYA TERUBAT SEDIKIT RASA MARAH KEPADA ISTERI SI SUAMI . :) TIDAK KIRA BERAPA BANYAK KAMU TELAH BERGADUH .. JGN PERNAH SESEKALI TERLINTAS DALAM MULUT UNTUK MENGATAKAN 'TALAK'. ALLAH TIDAK MENYUKAI RUMAH TANGGA YG PORAK PERANDA . JADI JAUHILAH PERKARA TERSEBUT . SEMOGA RUMAH TANGGA KALIAN BERKEKALAN ABADI...

Saturday, 22 June 2013

Umi & Ayah

AKU ADA UMI YG CANTIK , COMEL DAN SEMESTINYA BAIK . EVEN UMI AGAK GARANG TAPI UMI TETAP SAYANG AKU.. TAPI BAGI SESIAPA YG SUDAH KEHILANGAN IBU MEREKA, TIDAK MENGAPA KERANA ALLAH LEBIH MENYAYANGI IBUMU. AYAH PULA HANDSOME, BERGAYA DAN BERHATI MULIA .AYAH PULA SELALU INGATKAN AKU SUPAYA INGAT TENTANG SOLAT . KADANGKALA AYAH ROTAN AKU SEBAB TAK SOLAT .. HUKHUKHUK... KESIAN  AKU . TAPI KALAU AKU TAK KENA ROTAN DULU SEKARANG TAK TAHULAH SAMA ADA AKU NI MANUSIA ATAU TAK. SEMASA UMI DAN AYAH REMAJA DULU , SWEEEEEEET ... APABILA AKU DENGAR CERITA UMI& AYAH ADA LUCU,PELIK ADA JUGA SMPAI INGATKAN BALIK DEKAT MANA SEKOLAH UMI & AYAH .HEHEHE.... 

P/S: UMI &AYAH, AINA MINTA MAAF DAN HALALKAN MAKAN MINUM AINA . INSYA-ALLAH AINA AKAN BUAT YG TERBAIK UNTUK PMR TAHUN INI..

Thursday, 20 June 2013

Aina Zulkiflie


 AINA ZULKIFLIE NAMA YANG DIBERI PADAKU  . LAHIRKU DI BATU PAHAT ,HOME SWEET HOME . AKU SEORANG ANAK YANG BAIK (PERASAN) . HIDUP SEBAGAI SEORANG REMAJA BERBEZA-BEZA ADA SUKA DAN DUKA . TAPI KADANGKALA CERITA YG DUKA ITU TAK SEMESTINYA MENYEKSAKAN  ADAKALANYA IA MENDATANGKAN KEBAHAGIAAN . TENTANG AKU PULA SEMUA ADA GEMBIRA , SEDIH .M ARAH . KETAWA , PENGLAMAN. OKEY , TIPULAH KALAU AKU TAK ADA BESTFRIEND , MESTILAH AKU ADA NAMA DIA MIESHA DAN DEE . MEREKA ADALAH YANG TERBAIK . AKU TAK AKAN PERNAH LUPAKAN MEREKA WALAUPUN SEHARI. DISAAT AKU DALAM KESUSAHAN MEREKA SELALU DISISI AKU . 

WFUD

SEPERTI YANG AKU CAKAP MIESHA DAN DEE ADALAH SAHABAT AKU . SO AKU NAK CERITA DARI AWAL SAMPAI AKHIR .PADA MULANYA AKU , MIESHA DAN DEE HANYA KAWAN BIASA LAMA KELAMAAN KAMI RAPAT DAN TERTUBUHNYA KUMPULAN WFUD . APA 'WFUD' ? IA ADALAH SINGKATAN UNTUK 'WE FRIEND UNTILL DIE' . KAMI MENJADI SEMAKIN RAPAT ,KAMI JUGA MELAKUKAN SEMUA BENDA BERSAMA . TAPI ADA SATU PERISTIWA ANTARA AKU DAN DEE . KAMI TAK BERGADUH .TAPI KAMI TIDAK BERSEMUKA ANTARA SATU SAMA LAIN DISEBABKAN SATU AGENDA DAHSYAT ... BERMULA HARI TERSEBUT KAMI BERTIGA TIDAK RAPAT . KAMI SEMAKIN RENGGANG . SALAH AKU JUGA SEBAB TAK BERTOLAK ANSUR . DAN SEKARANG KAMI MASIH BERHUBUNG TAPI AKU  MASIH MENGANGGAP DIA SAHABAT TAPI AKU TAK TAHU SAMA ADA DEE MASIH MENGANGGAP AKU SAHABAT DIA ATAU HANYA SEKADAR KAWAN. OKEY ITU TENTANG AKU DENGAN DEE SEKARANG PULA AKU DENGAN MIESHA . DIA PULA MEMANG BAIK TAPI AKU TELAH MELEPASKAN PELUANG TERSEBUT MAKSUD AKU AKU TIDAK MENGHARGAINYA SEBAGAI SEORANG SAHABAT . KEMUDIAN AKU DIA SURAT (KUNO BETULLAH AKU NI) AKU MENYATAKAN BAHAWA AKU MINTA MAAF SEBAB AKU MEMBIARKAN DIA KESEORANGAN .  21/06/13 AKU ,MIESHA ,DEE KAMI BERTIGA OKEY .. BAHAGIA TETAPI BILA AKU KENANGKAN KEMBALI APA YANG AKU TELAH BUAT ~ MUNGKIN PERPECAHAN WFUD TIDAK AKAN BERLAKU ... AKU MENYESAL :( MAAFKAN AKU WAHAI SAHABAT :)DAN JIKA PERKARA INI TIDAK BERLAKU MUNGKIN KITA BERSAMA (WFUD)

P/S: WAHAI SAHABATKU DEE&MIESHA AKU MEMOHON AMPUN DIATAS SEGALA DOSA AKU TERHADAP KORANG AKU HARAP SEMUA INI AKAN BERJALAN DIA BAIK TIADA PERMUSUHAN ANTARA KITA HANYA ADA IKATAN PERSAHABATAN YANG ERAT.

WASSALAM. :) WFUD :)